Wednesday 8 June 2011

Selamat Datang

Pengenalan



IzztanaBonda Homestay, Banting, Selangor.


IzztanaBonda Homestay (IBH) adalah sebuah rumah kampung yang telah dibaik pulih untuk disesuaikan menjadi rumah penginapan mahupun rumah keluarga yang selesa. IBH mempunyai  halaman yang luas dan dikelilingi pokok buah-buahan dengan suasana kampung  yang aman dan nyaman.

IBH sesuai sebagai rumah persinggahan bagi keluarga atau tetamu bagi pelbagai urusan seperti
walimatul urus, kenduri-kendara, menghantar anak belajar, menghadiri kursus atau menziarahi sanak
saudara dan sebagainya.

Lokasi IBH hanya 3.5km sahaja dari Pekan Banting. (Sila rujuk pelan lokasi)

IBH dilengkapi dengan segala keperluan asas seperti bilik tidur, sofa, TV, kipas angin, peti sejuk, bilik tidur, meja makan, dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan sebagainya.

IBH mempunyai dua ruang tamu, lima buah bilik tidur, dua ruang santai, dua ruang dapur, ruang rumah bahagian tengah yang luas dan terbuka di samping dua buah bilik air.
(Sila rujuk pelan rumah).



Tingkat Atas : Satu ruang tamu, 3 bilik tidur, ruang santai, ruang tengah rumah (terbuka)
                          dan ruang menonton TV.                          .


Tingkat Bawah : Satu ruang tamu, ruang santai, 2 bilik tidur, 2 unit dapur dan 2 bilik air.
                             *tinggi aras siling ruang tamu dan bilik - 1.8m/6kaki. 

Kadar Sewa Untuk Satu Rumah:
RM180 semalam/sehari.
Check in : 2.00pm.
Check out : 12.00pm

Bayaran deposit RM50 diperlukan sebagai pendahuluan tempahan. Baki bayaran hendaklah dibuat secara tunai ketika pengambilan kunci untuk memasuki rumah.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi no. telefon bimbit 019-3715442 (Nash) atau emel kepada nasrol_shamsuddin@yahoo.com
Izztanabonda Homestay, Banting Selangor.





      

No comments:

Post a Comment