Wednesday, 22 June 2011

Ruang Dalaman

Ruang menonton tv (astro) di tingkat atas yang bersambung dengan bahagian anjung rumah.



Ruang makan



Ruang tamu tingkat atas atau anjung rumah.





Ruang bahagian tengah rumah tingkat atas dan tangga turun ke tingkat bawah.




Bilik tidur di tingkat bawah





Kabinet dapur



Ruang tamu tingkat bawah



bilik tidur 1 di tingkat atas




tandas 1





bilik air 1




bilik air dan tandas 2

Thursday, 9 June 2011

Gelanggang Badminton

Selain daripada kemudahan-kemudahan asas, pihak IBH juga turut menyediakan sebuah gelanggang badminton di tepi halaman rumah ini. Oleh itu, tetamu yang menginap di sini bolehlah mengisi masa lapang mereka untuk beriadah di petang hari...

Pelan Lantai


Aras Tanah : Satu ruang tamu, ruang santai, ruang solat, 2 ruang dapur, 2 bilik tidur dan 2 bilik air.
                      *tinggi aras siling ruang tamu dan bilik - 1.8m/6kaki.

Aras Satu : Satu ruang tamu, ruang menonton TV, ruang solat, ruang terbuka bahagian tengah dan  
                   3 bilik tidur.

Pelan Lokasi


Jarak IBH ke pekan Banting hanya mengambil masa lima minit sahaja dan sekitar 10 minit ke Pantai Morib.Oleh itu tiada masalah bagi mereka yang menginap di IBH untuk mendapat sebarang kemudahan seperti hospital, klinik, pasar raya, kedai, stesen minyak, restoran, taman rekreasi dan sebagainya mahupun ke pusat peranginan Pantai Morib. Perusahaan-perusahaan kecil masyarakat kampung seperti kuih tradisonal dan kerepek juga berada di sekitar kawasan ini.

Sila rujuk pelan di atas untuk maklumat lanjut.


Wednesday, 8 June 2011

Selamat Datang

Pengenalan



IzztanaBonda Homestay, Banting, Selangor.


IzztanaBonda Homestay (IBH) adalah sebuah rumah kampung yang telah dibaik pulih untuk disesuaikan menjadi rumah penginapan mahupun rumah keluarga yang selesa. IBH mempunyai  halaman yang luas dan dikelilingi pokok buah-buahan dengan suasana kampung  yang aman dan nyaman.

IBH sesuai sebagai rumah persinggahan bagi keluarga atau tetamu bagi pelbagai urusan seperti
walimatul urus, kenduri-kendara, menghantar anak belajar, menghadiri kursus atau menziarahi sanak
saudara dan sebagainya.

Lokasi IBH hanya 3.5km sahaja dari Pekan Banting. (Sila rujuk pelan lokasi)

IBH dilengkapi dengan segala keperluan asas seperti bilik tidur, sofa, TV, kipas angin, peti sejuk, bilik tidur, meja makan, dapur, peralatan memasak, pinggan mangkuk dan sebagainya.

IBH mempunyai dua ruang tamu, lima buah bilik tidur, dua ruang santai, dua ruang dapur, ruang rumah bahagian tengah yang luas dan terbuka di samping dua buah bilik air.
(Sila rujuk pelan rumah).



Tingkat Atas : Satu ruang tamu, 3 bilik tidur, ruang santai, ruang tengah rumah (terbuka)
                          dan ruang menonton TV.                          .


Tingkat Bawah : Satu ruang tamu, ruang santai, 2 bilik tidur, 2 unit dapur dan 2 bilik air.
                             *tinggi aras siling ruang tamu dan bilik - 1.8m/6kaki. 

Kadar Sewa Untuk Satu Rumah:
RM180 semalam/sehari.
Check in : 2.00pm.
Check out : 12.00pm

Bayaran deposit RM50 diperlukan sebagai pendahuluan tempahan. Baki bayaran hendaklah dibuat secara tunai ketika pengambilan kunci untuk memasuki rumah.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi no. telefon bimbit 019-3715442 (Nash) atau emel kepada nasrol_shamsuddin@yahoo.com
Izztanabonda Homestay, Banting Selangor.